Tuesday 19 November 2013

Rekreasi Hujung Minggu: BBQ + Piknik di Air Terjun Sg. Chiling


Tarikh  : 26 - 27 Oktober 2013

Lokasi : Santuari Ikan Sg. Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor.


Aktiviti santai ni bertujuan untuk relaks pada hujung minggu. tapi tak semua geng BDS terlibat, yang mana free je dapat join. okay sedih tak dapat join sobbb.

Santuari Ikan Sg. Chiling ni terletak 14km dari pekan Kuala Kubu Baru. Sg. Chiling ni dibuka untuk orang awam hanya pada hujung minggu Jumaat, Sabtu & Ahad (8 pagi - 6 petang). Hari hari lain ditutup bagi aktiviti pemuliharaan alam. 

Ewah dah macam cerita dekat rombongan budak sekolah la pulak keh keh.



Sabtu
26 Oktober 2013


Kira kira jam 3 petang, geng BDS berkumpul di stesen minyak Caltex Selayang, kemudian bergerak terus ke Kuala Kubu Baru. Usai tiba di Sg. Chiling hampir jam 6 petang, diorang terus daftar dan buat pembayaran. kena bayar tau bukan main redah jeee. satu kepala dikenakan bayaran RM1 sahaja tunai. Manakala harga tapak khemah RM4 ( 6 orang ). tolak tambah darab bahagi hah kamu kiralah sendiri.


Aktiviti santai kali ni dikendalikan oleh yang berhormat projek manager, Puan Liza Yati. Okay semorang tepuklah sikitt.


suriram ram ram kak liza yang maniss suriram ram ram tak sabar nak bersiram lettew
teehehehe


Sedikit info tentang Santuari Ikan Sg. Chiling;

** Dilarang sama sekali memancing ikan okay. jangan nak memandai tebar jala ke apa lepas tu pegi panggang ikan tu. kang kamu yang kena panggang. ada reti semorang?

** Dilarang membawa binatang peliharaan. kucing ke ayam itik tinggal je la kat rumah. anak hekan takpe nak bawak. kekeke

** Pelihara flora dan fauna. Tangan tu jangan la gatal nak petik pokok itu ini. nampak paku langsuyar cantik sikit berkenan nak angkut letak kat rumah ke apa kan. jangannn no no no.

** Macam biasa la kalau kita pergi ke mana pun, kebersihan mesti diutamakan. Save Our Earth !

** Dan harus diingat, keselamatan tangggungjawab sendiri sepanjang berada dalam santuari ni.


***********


Selesai pendaftaran, geng bergerak ke tapak perkhemahan. Kerja pemasangan khemah serta fly & ground dibuat. Cuaca pun baik dan alhamdulillah semua siap sebelum hari gelap.

Alan, abg Joi & Awang. Poser je lebih tau deme ni.

Kan dah cakappp

Amende yang seronok sangat ni ha?
kak Finas, kak Izan, & kak Liza. Oh belakang tu anak kak Finas. Haii. Eh. Hiks


Aktiviti malam

Okayy setel part khemah. Aktiviti seterusnya adalah BBQ. Bagi yang perempuan, diorang gotong royong masak nasi goreng buat air dan selebihnya. Abang - abang pulak kerja diorang setelkan BBQ, bakar ayam. 

Inci pian ni gaya macam ketua chef je tau. Well well well..


Ye bersungguh sungguh nampak gayanya Musy. 



Dugaan betul menaip time puasa ni. Steady pah steadyy :(





Lepas siap semua, makanan dihidang. takkan tengok aje yedak? balun laa. makan, lepak, borak, makan, borak gosip. Semua tu serah je kat diorang ni konpem setel. Heh.





Betapa tergurisnya perasaan ini...haha

Teringat zaman zaman dulu basuh pinggan kat sungai.



Kan dah kata tadi, anak hekan boleh bawak.
Laaariiiiii......!



Lepas siap makan, mengemas lebih kurang jam 10 lebih diorang bakar mercun. Lepak borak makan kuaci. Eh takpe ea bakar mercun? Tapi kalau tengok dalam peraturan dalam santuari ni tak pun kata tak boleh main mercun. Syok laaa.




Dengar kata malam tu sebelum tidur, abang abang mandi lewat malam eaaa. Kakak kakak, anak semua pergi tidur. Amboi kemain tau. So, itu je lah aktiviti malam hari. Bersambung esoknyaa..



Ahad
27 Oktober 2013


Bangun lebih kurang jam 8 pagi, perut mintak diisi. Menu sarapan pagi adalah mihun, cucur dan lebihan ayam BBQ. Usai bersarapan, geng BDS siap sedia untuk trekking menuju ke air terjun Sg. Chiling. Hanya barang berharga dan makanan sahaja yang dibawa ke air terjun. Perjalanan dikatakan merentasi jambatan dan 5 anak sungai. 


Jadi sekarang masa untuk berendam sampai kecut !


Haa baru nampak Adam dengan anak kak Finas. Mana diorang masa BBQ??




Ini lebih kurang acara water confident la jugak. nampak gaya memang confident je masing masing. pastikan ibu bapa perhatikan anak anak ketika bermain air. budak budak biasalah, memang teruja bila jumpa air ni. jangan kata budak, yang dewasa pun samaa. tengok gaya Awang je dah tau dah hahaha.


Kak Liza macam ada cubaan nak tangkap ikan je?


Lepas rasa dah confident habis tu kan, baru boleh buat acara tiruk. Dewasa je okay boleh tiruk, anak anak tengok je. Jangan tiru aksi bahaya. Rotan nanti karang nak?


Okay korang rasa rasa la kan, tiruk yang mana paling power? bagi rate 1-5 cepat ! haha

Peserta tiruk 1; Awang pening kenoreng.
Woaaa tinggi betul.




Peserta tiruk 2; Alan.
Alan, kenapa landing dalam air macam pasrah je? hihi


Peserta tiruk 3; Abg Zaril.
Adam boleh belajar tiruk dengan papa okay pasni hehe


Peserta tiruk 4, yang terakhir from Batu Gajah with prideee abg Joi Bidin !
tapi gaya macam renang berirama je abg Joi? ahahaha


Yang tak pergi tu layan je lah gambar deme bersuka ria ni. Sakit pulak hati kita ni tengok kekekeke. Eh jap, baru perasan kenapa abg Pian tak join acara tiruk tadi?? Haa mushkil ni em emmm.



K k k k kkkk kfine.



Happy family :)


Tengok pun dah tau, ssejukkkk.


Diorang ni kalau tak pedajal orang tak sah. tapi bila lagi kan? ini la masanya haha. nasib kamu la Alannn.











Adik kena, abang pun mesti kena jugak. tapi Awang ni kena buli dek kakyong dengan Musy. nak menaip pun tergelak gelak tengok gelagat deme ni huahuahua.





amboi Musyy, seronok betul yeee

ehh tak la tak jeles punnnn haha !


Okay sekarang kasi can Adam pulak nak tunjuk skill tiruk lipat 

Cayalahh Adam !

Lerr Awang si pening kenoreng ni nak jugak tuh.


Subhanallah..maha suci Allah, Tuhan yang menciptakan segala keindahan.
kembali kepada fitrah, hati pasti tenang insyaAllah :')



Sekitar jam 2 petang

Dah puas mandi berendam tiruk segala macam, geng BDS kembali ke tapak perkhemahan. Seperti biasa, sebelum meninggalkan kawasan, kebersihan diutamakan. macam mana kita datang, macam tu jugaklah kita pulang. the more the better.

Sejujurnya, aktiviti santai macam ni sangat bagus selain kita dapat relaks kan diri dan minda, kita dapat didik diri supaya cintakan kehijauan alam. Nilai nilai macam ni perlu kita cari dan pupuk dalam diri sendiri. 

Love nature, love green. trust me, it's worth ! :)



Okay, group foto sebelum bergerak pulang..

Berdiri dari kiri: Abg Joi, Awang, Musy, Adam, anak kak Finas I & II, kak Finas, kak Liza, kak Izan dan Alan.

Duduk: Abg Pian

Fotographer: Abg Zaril


Gaya wajib kena buat. lompat !

because we are family weehoo ! :D


Dengar cerita keluar je dari Sg. Chiling hujan lebat ye? fuhh nasib baik sempat. Lepas makan, semua pulang ke destinasi masing masing. Sekian sahaja aktiviti santai di air terjun Sg. Chiling. So, aktiviti santai lepas ni kemana pulak kita?


Nak ikuttttttttttt !!



Next entry; XPDC Gunung Irau-Berinchang, Cameron Highland.
Tungguuuuu.

1 comment:

fieza said...

Knp la xde page like kt blog ni eh..