Sunday, 25 May 2014

XPDC : A Journey to Remember Gunung Kinabalu, Sabah


Tarikh  :  22 - 24 Mei 2014

Lokasi  :  Gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara ini terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
                 Terletak di banjaran Crocker, gunung Kinabalu menyimpan pelbagai khazanah alam
                 dan menjadi semangat kepada rakyat negeri Sabah.

Ketinggian  :  4,095 meter (13,455 kaki)

Krew             :  Ekspedisi Kinabalu ini melibatkan 14 orang peserta






Kronologi Merentasi Gunung Kinabalu


Day 1


22 Mei 2014
Khamis


Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur terbang ke negeri di bawah bayu, Sabah. Ada penerbangan yang dijadualkan pada awal pagi dan selebihnya tengahari. Kesemuanya selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 3 petang. Di sana kami sambut oleh wakil dari Sabah, seterusnya menaiki dua buah van menuju ke Sutera Sanctuary Lodges, Mersilau Nature Resort.
















Group pertama tiba di resort pada jam 7 petang. Mereka sempat singgah pasar malam di daerah Kundasang. Manakala group kedua tiba lebih kurang jam 8 malam. Kami terus menikmati makan malam sebelum balik ke bilik untuk berehat. Namun sebelum itu, meeting diadakan bagi merancang perjalanan mendaki gunung pada keesokan hari.









       


                                               




Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu...


Macam biasa lah.


Suhu pada waktu malam mencecah 17 darjah celcius. Dingin terasa sampai ke tulang. Tu baru dekat kaki gunung, tapi suhu dah bawak bergaduh.









 





     





Meeting..
eting..
ting..
zzzzzz


Day 2


23 Mei 2014
Jumaat


Bangun seawal jam 6 pagi. Solat Subuh kemudian sarapan pada jam 8 pagi dan seperti biasa bergegas untuk misi mendaki. Berkumpul di pondok renjer untuk agihan tag nama dan briefing oleh guide. Group kami menerima 3 orang guide yang akan mengawasi perjalanan kami sehingga ke puncak. 


Terdapat seorang pendaki dari negeri Kedah join group kami memandangkan dia hanya seorang diri. Barang yang tidak dibawa ke puncak disimpan di loker yang disediakan. Bayaran untuk porter adalah RM10 per kilogram. Selain itu, jika terdapat pendaki yang tidak mampu berjalan sendiri, khidmat dukung juga disediakan. Bayaran adalah sebanyak RM100 bagi setiap kilometer. Phewwww.


       
        







 


 


Lebih kurang jam 9 pagi. Sejurus selepas briefing oleh guide dan selesai urusan porter, kami memulakan pendakian dengan kalimah bismillah...




Okay we are ready so let's rock !


   



Kami melepasi Bambu Shelter (1km) dan juga Nepenthes Shelter (2.5km). Selepas 3km kami tiba di jambatan gantung Kipuyut. Terdapat air terjun kecil di kawasan berhampiran. 


Pendakian diteruskan melepasi Tikalo Shelter (3.4km) dan berhenti rehat di Lampoyou (4.5km) sekitar jam 1 petang. Hujan lebat turun tidak lama setelah kami berada di situ.


       



         

        


     
     

                                         
                                                  


Feeding squirrels !





Setelah hujan reda, kami teruskan pendakian melepasi 3 lagi pondok iaitu Magnolia (5.2km), Layang-layang, Villosa dan Paka (5.5km). Pemandangan sepanjang perjalanan subhanallah..sangat cantik. Tak terungkap dek kata kata. 











Sekitar jam 5.45 petang


Kesemua selamat tiba di Laban Rata Resthouse (3,273m). Syukur alhamdulillah. Qurra' orang pertama tiba iaitu 3 jam lebih awal dari yang lain. Di Laban Rata terdapat pelbagai kemudahan untuk para pendaki dari seluruh pelusuk negara. Kesemuanya berehat dan bermalam di bilik-bilik yang disediakan. 

Antara fasiliti yang disediakan:


  • rumah rehat yang dilengkapi alat pemanas air, bilik tidur cadar, selimut & tilam
  • bilik air
  • anjung tinjau
  • cafe
  • kedai serbaneka 


Kami terus ke cafe untuk menikmati makan malam. Lega betul dapat makanan dan minuman panas. Selepas makan malam, kami berjalan 200 meter naik ke Gunting Lagadan untuk berehat dan tidur. Recharge semula tenaga yang dah hilang. Kemudahan di sini adalah katil double deck yang boleh memuatkan 4 orang sebilik, bilik air, dan ruang santai. Baiklah, masa untuk beradu. 



Selamat malam !



Bagi saka makan hahaha




Jam 1 pagi

Bangun dan bersiap sepantas mungkin untuk sambung pendakian sehingga ke puncak. Suhu adalah sangat rendah sekitar 5-7 darjah celsius. Keadaan sangat gelap, angin dan berkabus. 



   
        


Gate utama di buka kepada pendaki pada jam 2.30 pagi. Jarak ke puncak lebih kurang 2.7km. Para pendaki hendaklah tiba di pondok Sayat-sayat (last check point) sebelum jam 5 pagi. Sekiranya gagal, pendaki tidak akan dibenarkan meneruskan perjalanan sehingga ke puncak Kinabalu. 


Guide dah pesan, tak perlu tunggu kawan sebab kita ada timing masa nak kena kejar. Siapa laju, kedepan. Jangan risau, guide akan sentiasa awasi kita. Paling penting, pakai baju sweater yang sangat tebal, gloves, head lamp dan bawa bekalan makanan. Bila sejuk dah tentu mudah lapar dan hilang tenaga. 


Credit to Google

Pstt, ada sorang tu kan dia menangis sedu sedan sebab penat kelaparan kat Sayat ni. Siap menyesal panjat Kinabalu. Hish teruk perangai. Hihihi.




  
 Dengan sedaya upaya mengharung cabaran, kami berjaya tiba di puncak seawal 5.30 pagi, empat terawal. Yeahh finally !  Selebihnya tiba sejam kemudian. Syukur alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang mengizinkan kami semua tiba di puncak dengan selamat.


And now enjoy the view of victory guys !

:'))

 


 



                                           

The early birds !














   
























 






       







  









       



   

      


Dan juga video sepanjang berada di atas..


video


video

All breathtaking viewww ! Subhanallahh

Dah puas berada di puncak, kami turun semula ke Laban Rata. Selepas check out pada jam 10.30 pagi, kami sarapan kemudian teruskan perjalanan menuruni Kinabalu. Kami ikut laluan Timpohon, yang mana lebih mudah dan cepat. 


Berkejar jugak lah sebab nak sampai di Timpohon gate sebelum jam 4 petang. Kalau tidak kena bayar guide sebab overtime sebanyak RM150. Sepanjang turun, kami singgah rehat di beberapa pondok dan turut melepas air terjun Carson













Sekitar jam 3 petang


Kesemua ahli BDS tiba di Timpohon gate. Kami menaiki van menuju ke cafe untuk makan dan berehat santai. Lebih kurang jam 5 lebih, kami terus bergerak menuju ke bandar Kota Kinabalu untuk bermalam di sana. Pulau menanti kita yeahh.

















Alhamdulillah akhirnya sempurna misi kami menawan puncak Gunung Kinabalu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli keluarga BDS kerana berjaya. Panjang umur kita jumpa lagi di ekspedisi akan datang.  Ternyata anda sememangnya hikers kental ! 





A Journey to Remember...

after all..on this journey together through thick and thin

Thanks ALLAH..WE MADE IT !!





Next entry: Panggilan pulau ! Tungguuu