Wednesday 9 October 2013

Rekreasi Hujung Minggu: 4 Dara ke Bukit Tabur

Tarikh  : 6 November 2013

Lokasi : Bukit Tabur, Taman Melawati


mempersembahkan 4 dara yang cantik:
zarin, ipah, kakyong izan & fieza



ehh jangan nak gelak gelak ea. siapa nak up kalau bukan diri sendiri? kesahhh

hahahahaha


Aktiviti ni dibuat memandangkan hujung minggu kami sepi maka 4 dara ni memutuskan untuk menawan bukit tabur. Nak buat macam mana, abang abang semua sayangkan tidur dari join kami. tinggal aje lahh hihihihi.


Ini adalah pertama kali kami jejak bukit tabur. tapi takpe, sebab ada ramai orang yang naik bukit tabur pada hari yang sama. maka kami pun tawakal je lah. hehe.



Bermula jam 8.30 pagi


bukit tabur ada 14 check point sebenarnya, itu pun tau lepas kawan cerita hehe. kitorang jumpa 11 checkpoint je. checkpoint yang ke-12 taktau dia sorok celah mana. Okay takpe, lain kali kalau pergi kita naik sampai checkpoint 15, iaitu checkpoint suka hati mak tiri. kbai


selepas check point ke-2 korang dah boleh jumpa view cantik macam ni. tapi memang tak boleh nafi, view sepanjang daki bukit tabur memang terbaik lah.


jom layan gambar !






















untunglahh bawak kawan fotographer kann hihihihihi



Info tentang Bukit Tabur:

** Dari trek permulaan sehingga checkpoint ke-2 majoriti adalah jalan bertanah. selepas checkpoint ke-2 trek lebih kepada batu dan kerikil.

** Berbeza dengan bukit broga, trek bukit tabur lebih mencabar sebab pendakian lebih kepada rock climbing.

** Korang boleh standby handyplast, sarung tangan atau barang keselamatan lain sebab peluang untuk cedera adalah tinggi. PLEASE BE MORE CAREFUL.

** Kebanyakan batu adalah tajam dan ada yang licin. hati hati dengan langkah anda. laluan bukit tabur sangat cerun dan curam. Don't play play aaaa.

** Sila pakai kasut yang bersesuaian dengan aktiviti rock climbing. kalau tak jadi macam fieza, sampai tercabut tapak. kesiannn hihihi hai along ! 



Okay meh nak tunjuk antara salah satu part rock climbing yang mencabar.


haaa nampak takk
kitorang usha je dulu diorang naik macam mana. amik idea hehe


Ipah naik dulu sebab nak amik gambar deme ni laaa. memang susah nak panjat sebab batu tu licin lepas tu ruang untuk kita pijak tu sangat kecik. makna kata, tangan korang yang kena kuat nak berpaut untuk tarik badan ke atas. paham ke tidak nii? kbai.












Power jugak gambar dari fon cikai gua ni dah macam dslr  keh keh

Panjat bukit tabur ni amik masa dalam 2 jam, bergantung kepada keramaian umat yang mendaki dan cuaca. kami amik masa 4 jam sebab kejap kejap berhenti borak kejap kejap amik gambar. biasalah kann, perempuannn. 


Nah layan view kuala lumpur. eh tetiba kan teringat teka teki orang tu, 


" apa beza KL tower dengan korang pada pandangan akim? jawapan nak yang sweet sweet je.."


bahahahahaha hai nor akmal hakim ! hikhik


kualalala lumpur !



Empangan Klang Gates


Love nature. Allahu Allahu :')


Lebih kurang jam 1 petang


Lepas sampai puncak tu kitorang pun terus turun sebab puncak takde apa sangat (padahal tak jumpa checkpoint 12 hihihi). View sepanjang nak ke puncak tu pun dah menarik sangat dah. trek turun adalah hutan, takde nak kena turun batu cerun ke apa lagi dah. lepas tu lalu kawasan kebun sampai lah jumpa kampung dan jalan utama.


Jadi lepas ni kalau datang lagi boleh la bercamping yedak. make sure makanan banyak sebab penat tau panjat batu banyak. lapar tau lapar? kekeke. Sekian sahaja cerita rekreasi hujung minggu 4 dara ke Bukit Tabur. 




Tata. Jumpa lagi !