Thursday 21 November 2013

XPDC: Gunung Berinchang - Irau

Tarikh                    :  8 - 9 Oktober 2013

Lokasi                     :   Gunung Irau merupakan sebuah gunung yang terletak di sempadan negeri 
                                        Perak Darul Ridzuan & Pahang Darul Makmur. Gunung ini juga terkenal 
                                        dengan hutan berlumut " Mossy Forest ".

Ketinggian            :   2,110m (6,924 kaki) 


Pengangkutan   :   Geng BDS yang bergerak dari Kuala Lumpur menaiki 3 buah kereta 
                                        manakala geng dari Ipoh hanya 1 kereta. Kesemua berkumpul di Simpang 
                                        Pulai, Ipoh dan terus menuju ke Cameron Highland. 



Kedudukan Gunung Irau.
Sumber : Google map



Kronologi Merentasi Gunung Irau

Jumaat
8 Oktober 2013


Kami bermalam di kaki gunung dengan suhu yang sangat sejuk dan dingin. Pintu masuk ke Gunung Irau berdekatan dengan puncak Gunung Berinchang. Laluan ke kaki gunung di mana terletaknya pintu utama Mossy Forest agak sempit dan kenderaan kecik sahaja boleh lalu. Kami sampai di kaki gunung kira kira jam 1 pagi lebih.  Geng lelaki tidur di pondok yang disediakan, berlantaikan ground, mat & sleeping bag. Bagi yang perempuan pulak berkhemah dalam kereta jee. Biasalah, special case. hehe

Pasang unggun api konon nak bagi panas la sikit.
Rasa haba pun tidak kuikui


Sebenarnya Gunung Irau adalah gunung yang tertinggi di tanah tinggi Cameron,  bersebelahan je dengan Gunung Berinchang gunung kedua tertinggi; 2,032m (6,667 kaki). Haaa taktau lettew. Takpe, kita pun baru tau jugak ni huahuahua.



Sabtu
9 Oktober 2013


Keesokan pagi, selepas bersarapan dan siapkan segala keperluan untuk mendaki kami mula bergerak. Keadaan cuaca masih sejuk dan dingin, mandi memang taklah kann. Sebelum bergerak macam biasalah, camwhore sedas dua hehehe.


The ladies;
Sarah, Fieza, Ipah (typewiter hiks) Killa, Kak Liza & Kak Izan (photographer).


Kali ni ada dua hero kecik join mendaki, Boboi anak kepada abg Pian & Adam anak kak Liza. Dan ditambah dengan ahli BDS yang baru, abg sepupu Iqbal, Killa adik kak Liza & Sarah. Ha dedua makwe ni rebutan ramai tauu. 

Welcome to our family, guys ! Kecik tapak tangan stadium bukit jalil kami tadahkan :')



And gentlemen;
Berdiri dari kiri: Iqbal, Hadi Afiq a.k.a abg, Abg Joi, Adam, Jani & Abg Pian
Duduk dari kiri: Akim & Boboi


group foto !

Jam 8.30 pagi 

Permulaan trek agak mudah la sebab kami hanya ikut laluan bertangga yang disediakan. Habis je laluan tangga terus start laluan lecak dan berlumpur. Mula tu gigih la jugak elak lumpur, sayang kasut yedak. Lama lama tu lantak kome lah redah aje lumpur ke selut ke jangan nak gigih sangatt ahaha.




Lepas sejam berjalan, kami berhenti rehat. Ada yang nak terkucil so macam biasalah, tandas sdn bhd je la ye hehe. Hiking kali ni setiap orang dibekalkan makanan ringan macam coklat, telur rebus dan pisang. Special telur rebus tu pasal lepas makan terus m16 diorang meletup letup. Herghh stress jalan belakang asek kena kentut je ! 






Tahukah anda?
bahawa pisang membekalkan tenaga segera 2x ganda lebih cepat? Selain itu, pisang juga mampu bekalkan tenaga selama 90 minit untuk aktiviti dan kerja berat. Fakta okay bukan auta.


Jani tukang supply choki choki. Okay next time cadbury choc bars tau jani? thanksssss ^^




Yang best pasal gunung irau ni, no pacat detected ! tapi kesian killa dia takut sangat ada pacat sampai menangis huuu takpe killa dukun pacat ada. Tuu belakang awak hehe.




Trek sepanjang ke puncak memang berlantaikan lumut dan lumpur. Laluan akar akar kayu pokok ni membantu dari terperosok dalam lumpur tu. Boboi dah berapa kali hilang kasut keke siann. Tapi pastikan jalan jangan tunduk sangat la sebab kekadang ada akar paras kepala kang silap haribulan tersangkut pulak. 


Kena pesan aaa sebab dah merasa tercium akar. Kbai.


Tag U.O.F dipasang sebagai tanda laluan so balik nanti senang lah ikut ajeee.






Sekitar jam 12 tengah hari


Kami tiba di mini Irau (6,666 kaki). Maknanya mini Irau ni sama tinggi dengan puncak gunung Berinchang lah yedak? Ooooookay. Hehe. 

Dekat sini kami berehat makan. Hah masing masing dah sejuk kelaparan la apa lagi. Roti sapu tuna + kaya je la cerita dia. Cuaca alhamdulillah masih cerah tapi nampak dah mendung gaya macam nak hujan. 

Memang hujan punnnn. Masa dekat puncak irau lah tapi. 




Suka ye kak Izan yee hehe. Thanks tolong sediakan tag U.O.F ! 







Okay back on track ! 

Sambung lagi perjalanan dalam lebih kurang sejam lebih. Berhenti rehat amik nafas regangkan kaki lepas tu sambung sampai la ke puncak gunung Irau. 




Mossy Forest ni memang cantik gila okay. terasa macam hutan dalam cerita Avatar takpun Hobbits takpun Lord of The Rings feeling sangattt. Ikut kamu lah movie apa punn. Yang penting cantik k kita tak tipu tau :) 


Saturation !



Haa lupa nak cerita something. Budak berdua ni jalan depannn sekali dengan abg Joi. Senang cerita abg Joi ni diorang punya mentor la. Pastu dari belakang dah dengar abg Joi dok terpekik pekik, " move ! move ! no pain no gain !  move ! takde penat penat  ! " 

Wahaha manalah tak stress si Adam dengan Boboi tu. Nak nak Boboi la hehe. Jangankan Boboi, dengan aku aku sekali stress. Hahahadoiii. 



Subhanallahh sumpah cantik ! 

Take five ke take ten ni? 



Jam 2 petang

Alhamdulillah berkat ketidaksabaran (haha) akhirnya sampai jugak dekat puncak gunung Irau ! Huishh rasa nak berlunjur je terus kekeke. Perut memang lapar gila jadi terus set up dapur masak maggi kari telur. Pehh terbaikkk.  Berehat la puas puas ye karang nak turun balik. 


Paham tak apa tu rasa puas? INI !!




Girls power !


Abang abang sado wahaha


Sebena pada hari yang sama dengan kami, ada beberapa team hikers lain daki gunung Irau jugak. Jadi merasa lah kami amik gambar semua lengkap dalam satu frame hehe. Terima kasih stranger ! :)

Full ! Finallyyy

Yayyy we made it ! Bravo hikers !! :'D



Jam 2.30 petang

Hujan turun selebat lebatnyaa ! Hah menggelabah masing masing pakai sweater baju hujan karung plastik ke apa yang ada la kan hehe. Hmm dah la tengah makan maggi time tu lepas tu tertumpahh huu sedihh. 

Lepas kemas semula semua barang dan makanan, kami bergerak turun mengikut laluan datang tadi. Kemudian kami berhenti rehat di mini Irau kembali dan terus turun sehingga lah tiba di bawah kaki gunung kira kira jam 6 petang. 

Sepanjang ekspedisi ni ada juga beberapa insiden terjatuh tersembam tersangkut dan sebagainya. Hai along, kesian along. Bye along. Hihi. Boboi pulak mengadu sesak dada mungkin disebabkan cuaca yang sangat sejuk. 

Bila semua selamat sampai di kaki gunung, kami berehat dan bersihkan diri. Yang mana lapar, makan. Siap sempat tukar tayar spare kereta kak Izan sebab kurang angin huu. Alhamdulillah semua baik baik sahaja.



Sekitar jam 8 malam

Selesai semua kami terus bergerak turun menuju ke Brinchang untuk bermalam di homestay. Syukur alhamdulillahh, maka berakhir lah sudah ekspedisi geng BDS ke Gunung Irau ! Terima kasih tak terhingga untuk kerjasama dan komitmen kalian semua :)


Dan sebelum berpisah, tahniah diucapkan kepada semua dan jangan pernah putus asa. Semoga kita dapat berkumpul lagi untuk ekspedisi yang seterusnya jyeaahhh !




Till we meet again, hikers ! :)



No comments: