Saturday, 19 April 2014

XPDC: Gunung Chemerong - Berembun - Langsir (CBL)


Segala puji bagi Allah..


" Katakanlah : Perhatikan lah apa yang ada di langit dan di bumi, tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan Rasul-rasul yang memberi peringatan kepada orang yang tidak beriman.."

Q.S Yunus: 101




Tarikh         :  4 - 6 April 2014


Lokasi         : terletak di Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun, Terengganu. Jarak ke lokasi
                       adalah  lebih kurang 30km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalan Jabor                      - Jerangau dan 100km dari bandar Kuala Terengganu. Hutan lipur ini juga terletak
                      di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang mana merupakan jenis hutan
                      dipterokarpa bukit.


Ketinggian: 1,108 meter (3,405 kaki)


Krew         : Ekspedisi kali ini melibatkan 18 orang, gabungan daripada team BDS dan
                     Perbadanan Putrajaya. Berkumpul di Lrt Melati dan kemudian di Gombak
                     sebelum menghala ke lebuh raya pantai timur dengan menaiki kereta.



Semangat sangat yang baju purple tuuu. Full set siap.



Kronologi Merentasi Gunung Chemerong - Berembun - Langsir



Day 1

Starting point: Hutan Lipur Chemerong


Kami tiba di lokasi seawal jam 4 pagi. Sementara menanti hari siang, kami hanya tidur di dalam kereta dan pondok yang disediakan. Terdapat kemudahan bilik air/mandi dan surau untuk kegunaan orang ramai. Setelah siap sediakan diri, masing masing repack barang keperluan hiking dan makanan untuk dibawa naik. Seperti biasa, barang keperluan dibahagi kepada setiap peserta mengikut kemampuan masing masing. Haipp jangan nak mengelat ! Kalau nak mengelat kena tunjuk surat sebab ehh.







Sebelum mula pendakian, setiap peserta perlu daftar diri dan mengambil pas sebagai tujuan pengesahan dan keselamatan. Pas kebenaran mendaki ini disediakan oleh unit jabatan perhutanan negeri Terengganu. 






                     


9 pagi


Pendakian bermula. Kami melalui simpang Chemerong dan seterusnya menuju ke Bukit Taubat untuk berhenti rehat. Tahap kesukaran trek boleh dikatakan ketar lutut jugak lah. Tapi itu langsung tak jadi penghalang. 




 
Bukan senang nak tengok seorang Cantik pewai. Maka perlu kita abadikan dalam blog.
Hehe.




Bukit Taubat


Sebab apa namanya Bukit Taubat?

Sebab dia punya trek mencanak 80-90 darjah haa menangis lah nakkk.






Taubat taknak datang dah?




Kem Balak






                



Kami berhenti rehat di Kem Balak. Agak lama jugak lah, mana taknya sempat lagi berkubang dalam air sungai. Kumpul tenaga balik dengan makan, rehat dan ada yang lelap mata. Mujur bawak ayam kfc hihihihi.


Pendakian diteruskan menuju ke Sungai Bangan. Kami melintasi Seraya Besar. Cuaca tak begitu baik, hujan lebat. Kami perlu tiba di sungai awal sebelum kepala air turun. Tapi malangnya, tak sempat. Nak buat macam mana yedak?



5.30 petang

Sungai Bangan/Banun


Boleh dikatakan 'seronok' jugak terkandas kat sini. Hujan lebat sejuk dia jangan cerita lah. Kak Lia suruh tanda aras air dengan ranting kayu. Kepala air turun kemain deras. Cuba bayangkan gambar berdiri ni, air sungai paras kita. Haa cuba cerita macam mana nak redah sungai? Lebih kurang sejam lebih terkandas maka kami isi masa 'lapang' dengan tido ( rasanya macam saya sorang je hihi ) dan borak. 


Ohh ada game best main waktu sejuk macam ni. Game tangan-siapa-gigil-kena-tepuk. Tangan siapa la yang tak bedung tuuu.





Lebih kurang jam 7 malam, hujan semakin reda. Kami sepakat teruskan pendakian menuju ke campsite Langsir. Seorang demi seorang merentasi sungai dengan berhati hati. Hari semakin gelap, hanya berbekalkan headlamp kami merentasi hutan belantara sehingga tiba di campsite lebih kurang jam 9 malam. Ada dua team lain dah tanda kawasan masa sampai tu. Siapa cepat dia dapat la cerita dia hehe.. 


Seperti biasa rutin memasang fly & ground sebelum masing masing mandi dan bersihkan diri. Team Putrajaya tidur dalam hammock. Kami macam biasa la bergelimpangan atas ground. Menu makan malam adalah nasi lemak dan kopi. Lepas tu borak rehat dan selamat malam !



Day 2

Campsite Lata Langsir






 " Fabi ayyi ala-i rabbi kuma tukazziban

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Q.S Rahman: 13










video

Mujur terdetik rasa nak record lepas memerut :')



Menu sarapan pagi special sikit (sikit je la) sebab ada puding caramel. Gigih Abg Joi suruh buat caramel. Asek asek caramel, caramel, caramel haih. Menu lain kuew tiaw goreng, cekodok Qurok, dan air milo. Alhamdulillah syukur nikmat makan sambil tengok pemandangan indah ciptaan Tuhan.









Usai makan pagi, kami bersiap nak naik ke puncak Berembun. Jarak lebih kurang 1.2km dari Lata Langsir. Tapi bila lalu kat air terjun je rasa macam em tak jadilah nak daki sampai puncak haha. Pantang nampak air !



Puncak Berembun







Tak penat punn. Cuma mengah jee.



" In other to suceed, we must first BELIEVE that we can.. "

--Nikos Kazantzakis





Bravo to all BDSians and Perbadanan Putrajaya team ! 



Air Terjun Langsir


Malas nak cerita lebih kalau memasing dah jumpa air.......













......memang macam ginilah perangainya. Haih.



The real tiruk be like. Not like those in the video. Lol.





Day 3


Subhanallah..maha suci Allah


Rutin pagi macam biasa bangun, bersihkan diri, memerut sedas dua. Lepas tu makan lepas tu memerut lagi eee perangai haha. Breakfast pagi ni special sikit sebab Abg Joi masak woi Abg Joi masak woi ! 












10 purnama nak merasa air tangan Abg Joi. Mujur sedap haha.



Rasa taknak balik. Malasnya nak balik. Boleh tak?


Okay berhenti berangan dan balik sekarang.











                   








Kurang sorang. Ye, saya.



Bergerak lebih kurang jam 10 pagi, kami turun dan berhenti di Sungai Bangan untuk mandi dan tiruk buat kali terakhir. Last chance orang kata. Alhamdulillah cuaca agak baik. 




     


Kedudukan penonton adalah mengikut bayaran tiket hahaha

Kak Ina pulak takda -_-





Tak cukup dengan itu, kami sajikan lagi video untuk kenangan semua.

 Sesuai untuk tontonan umum.


video


video


video



Kalau dah kembar. Macam tu lahhh.

Lepas puas mandi, kami teruskan perjalanan. Nasib tak berapa baik, Kaki Kak Liza cramped tiba di Seraya Besar. Mujur ada dukun hutan hehehe. Kami berehat ambil nafas dan tenaga seketika sebelum shoot sampai ke penamat.



5.30 petang

Alhamdulillah kami semua selamat tiba. Walaupun Kak Liza injured tapi apa ada hal. Supermama kott. Kami berehat dan bersihkan diri kemudian keluar dari hutan lipur menuju ke bandar Mukhtafibillah Shah untuk makan malam. 

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur diteruskan. Tiba lebih kurang jam 2 pagi dan masing masing pulang ke destinasi.



Till we meet again CBL ! Wohoo !



Credit to those who 'put' me in the captured :')

Sebelum berundur, tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli BDS dan Perbadanan Putrajaya atas kejayaaan dan kerjasama semua sepanjang menyertai ekspedisi 3 hari 2 malam ini. Diharapkan agar ekspedisi ini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli dan tidak berakhir di sini sahaja.


Panjang umur insyaAllah kita akan berjumpa lagi pada ekspedisi akan datang.


Sekian sahaja update dari admin. Bye !



No comments: