Tuesday 4 February 2014

XPDC Penutup Tirai 2013: Korbu The Journey



Tarikh                 : 25 - 28 Disember 2013

Lokasi                  : Merupakan sebuah gunung yang terletak di mukim Kinta, negeri Perak Darul
                                   Ridzuan. Gunung   Korbu adalah puncak tertinggi di banjaran Titiwangsa &
                                   gunung kedua tertinggi di semenanjung Malaysia.


Ketinggian         : 2,183 m (7,162 kaki)

Pengangkutan : Dari Ipoh menuju ke Kem Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta menaiki 4 buah
                                    kereta. Kemudian, dari kem gerakan menuju masuk ke Jabatan Bekalan Air
                                    Kinta dengan menaiki lori menyusuri Empangan Sultan Azlan Shah.


Krew                      : Ekspedisi kali ini melibatkan 11 orang ahli geng BDS.


Checkpoint route; dari perkampungan orang asli sehingga ke puncak Korbu


Kronologi Merentasi Gunung Korbu


Rabu
25 Disember 2013
9.30 pagi


Berkumpul di Kem Pasukan Gerakan Am dengan satu lagi team hikers, Pirates of Mount seramai 13 orang. Memandangkan jumlah yang ramai, kami bergerak masuk ke pintu utama melalui empangan Sultan Azlan Shah menaiki lori dengan 2 kali trip perjalanan. 





Sebelum dibenarkan melepasi pagar utama masuk ke empangan, wakil kami perlu serahkan permit untuk bawa masuk kesemua pendaki kepada pegawai yang bertugas. 




Dah macam banduan tak dapat beraya haha



  • Perkampungan Orang Asli 


Sementara menunggu geng Pirates sampai, kami bersarapan nasi lemak dan milo ais sambil borak kosong takda la kosong sangatt. 










We are ready to rock you, Korbu !


11.30 pagi

Perjalanan dimulakan dengan kalimah bismillah. Mohon segalanya dipermudahkan dan dijauhkan dari kecelakaan. Amin.

Tag Bintang Dsyorga di pasang di beberapa laluan sebagai panduan kepada pendaki di belakang. Trek permulaan agak landai sehingga lah menghampiri Bukit Nenas, trek mendaki bermula. 



  • Dataran Pacat 

I bet this is the very s*** track ever ! haha pacat beratus ratus ekor woihh. Tuhan je tahu betapa sakitnya hati ni bila nampak pacat kat trek lepas tu berani dia naik kat kita eee tak suka lah ! (ayat Cantik haha). 

Sebelum sampai dataran pun dah beratus ekor pacat, cuba bayangkan dekat Dataran Pacat berapa juta lemon ada. Erkk meremang roma T__T



Usha pacat lettew kih kih




Ni gonggok gergasi tau. Bukan pacat. 



  • Kem Seroja

4.30 petang

Selepas 5 jam berperang dengan pacat, akhirnya sampai jugak di tapak perkhemahan Seroja. Pheww haha. Tapi takda lah lega sangat, dekat Seroja pun banyak je pacat herghh. 




Okay, macam biasa set up khemah, fly & ground. Yang perempuan kemas barang makan & masak ! Ye tau semua dah lapar paham sangat. Baiklah mari bergotong royong. 



Maggi kari telur jee. Nak cepat kot.






Sebelah kem ada air terjun yayy
Paras betis je pun.


Cuma geng kami je yang sampai Seroja awal, geng Cyborg sampai lewat dalam 10.30 malam. Kesian huhu. Kami hulur la makanan yang masih ada. Hilangkan penat sekurang kurangnya. Sharing is caring. Kan? :')


Menu makan malam : Nasi putih + papadom keropok sambal sardin & teh o panas


Kenyang makan, borak la sampai mengantuk.

Good night ! 

***************


Khamis
26 Disember 2013


Hari baru. Semangat baru. Cewahh. Perjalanan menuju Korbu diteruskan. Selepas bersarapan dan packing semua keperluan kami mulakan pendakian dalam jam 12.30 tengahari. Huh lewat !


Menu sarapan pagi : Nasi goreng + sambal ikan bilis sambal sardin & kopi panas




  • Kem Kijang 


Tiba di Kem Kijang lebih kurang jam 2.30 petang. Berhenti rehat & makan sebelum pendakian menuju ke Last Water Point Termin. Kem Kijang ni kecik je tak sesuai nak bermalam kat sini. Kalau 2,3 orang boleh la kot. Macam Seroja jugak, air terjun sebelah kem je.



Bukan duduk rehat saja, kena kerah circuit training jugakk.




  • LWP Termin


Sampai sini lebih kurang pukul 5 petang. Yayy kat sini dah takda pacat. Dah tak payah nak risau pacat naik haha. Lagi pun kat Termin ni suhu dah rendah, tumbuhan berlumut.

Kami berhenti rehat, macam biasa la masak maggi kari telur. Sejuk sejuk ni lapar je sememangnya. Sini adalah point terakhir yang ada sumber air. Jadi, bekas kosong hendaklah diisi air untuk di bawa ke puncak Korbu. Kalau tak angkut karang atas puncak nak minum apa, embun? Gigih sangat.











Perjalanan diteruskan sehingga ke puncak Botak. 



  • Puncak Botak

Memandangkan hari hampir senja maka kami memutuskan untuk jalan sama sama. Dah tak boleh berpecah, dah gelap kan. Lebih kurang jam 7 malam kami teruskan lagi pendakian sehingga ke puncak Korbu. Kami juga melintasi puncak Chuban.


Time kami sampai masih terang lagi. Sempat la sekeping dua hihi.


Tips pendakian dari puncak Botak ke puncak Korbu:

** Pastikan jalan dalam kumpulan. Jangan tertinggal terlalu jauh untuk elakkan sebarang 
     perkara buruk. Lebih lebih lagi sekiranya berjalan malam. 
** Gunakan lampu kepala (headlamp) dengan nyalaan terang.
** Trek ke puncak adalah sangat sukar. Beri perhatian pada kawasan yang curam dan 
    gaung di sekeliling. 
** Hati hati dalam membuat langkah. Terutama ketika memanjat tangga, akar banir yang 
     licin, batu atau sebagainya. 
** Hulur bantuan & yang paling penting beri semangat kepada rakan yang letih. 
   No one left behind.



11.00 malam

Akhirnyaaaa, setelah bermati matian meredah trek malam kami tiba di puncak Korbu. Syukur alhamdulillah semuanya selamat sampai. Wehooo !

Memandangkan hari telah lewat malam, maka semua pergerakan pantas. Sementara lelaki set up khemah, fly & group, kami menukar pakaian. Perut yang lapar kami alas dengan air kopi panas terlebih dahulu. Malangnya, nasi yang ditanak di LWP Termin petang tadi jelantah, jadinya...


Menu makan malam : Nasi jelantah + kari lembu (ration) & kopi panas 


Alahai kesiann :(


Haa lepas tu kan tetiba khemah kami didatangi tikus gunung amboihh dah baling mercun bola pun dia tak takut. Masih tak berganjak siap datang nak curik makanan Haippp biasa diaa. 



2.00 pagi


Yang mana letih sangat tu waktu ni selamat dah pun dibuai mimpi. Abg Joi, Kak Liza, Ipah, Sarah, Jani & Akim masih berjaga dan menikmati permandangan Ipoh waktu malam. Best best, tapi sejukk brrr. 

Masa untuk beradu. Selamat malam ! Zzzzz.



*************


Jumaat
27 Disember 2013
8.00 pagi








Tatkala kami masih bersedap sedapan dalam sleeping bag, team Cyborg baru sampai puncak. Mak aihhh. Rupanya diorang bermalam dekat puncak Botak. Kesian tengok diorang, sampai je terus lost. Tidur pun mana sempat je landing huhuhu. 




Kami bangun, bangun tak bangun sangat lah. Sakit badan woo. Asal bangun je lapar, masak la apa lagi kan. Matahari pun dah naik, tak sempat pun nak tengok sunrise.


Menu sarapan pagi:  Mihun goreng + cekodok & milo panas










Dah siap makan, packingg. Alahai dah nak kena turun balik :(









Ada sesi autograf uollsss. Feeling retis sangat.
























Group photo BDS - Under One Flag


12.00 tengahari


Dah puas bergambar, kami pun bergerak turun. Masa ni la baru nampak trek malam tadi. Woo boleh tahan la kan, dalam gelap main harung je tak nampak apa. Adeh nak turun ni yang lemah ni *ketuk ketuk lutut*



                               

                               

                               

                               


                 

                 

                 

                 


Antara halangan & laluan sukar

Laluan sama seperti mana kami daki. Dari puncak Korbu - Chuban - Botak. Okay berhenti dekat puncak Botak. Lepas gian amik gambar. Ehh haruslahh. 








2.00 petang 

Perjalanan diteruskan. Seterusnya menuruni LWP Termin dan berkumpul di Kem Kijang lebih kurang jam 5.30 petang.  Hari dah mula gelap, kami bergerak tanpa berpecah sehingga tiba di Kem Seroja lebih kurang jam 9.00 malam. 


Nak taknak terpaksa jugak mandi malam. Berlengas habis badan ni. Sejuk dia jangan cerita la kan. Mandi laju laju haha. 


Menu makan malam: Nasi putih + sup lobak merah sambal sardin sambal ikan bilis & kopi 
                                               panas


Okay malam akhir ni, kitorang buat sesi luahan hati ke hati. Ni semua abg Joi punya pasal. Nasib la semorang kan, jawab je laa soalan cepu cemas abg Joi hahaha -.-"

Tapi best woo ada sesi berurut kaki. Jani dengan Cantik adalah tukang urut yang diterbangkan khas hihi. Best tu best la jugak, tang kena dekat tempat dia tu memang emmphhh nangeh. Huahua.


Esok hari last ! Okay semorang yuk turu. Selamat malam !




**************

Sabtu
28 Disember 2013

Final day !


Jujur cakap, malasnya nak balik aci tak? hehe. Sebab tak sanggup nak harung pacat oh tidakk. Tapi menangis lah air mata darah sekali pun kamu ingat ada orang nak heran? Kesiannn.

Menu sarapan pagi : Nasi lemak & nasi goreng + sambal sardin sambal ikan bilis telur dadar 
                                           & milo & kopi panas.


Amboih sangat menu hari last ni kan. 


Kamu jangan taktau si Jani tu sempat nak tangkap ikan. Entah apa je la dia buat, hoih gigih sangat. Tak dapat sekor pun padahal. Hihihi. Cuba lagi lain kali bro.





Packing time !








Okay macam biasa, bergambar sedas dua sebelum gerak.









Bintang D'Syorga ft Pirates of Mount




Takbir !



12.30 tengahari

Selamat tinggal Seroja ! Bersiap sedia lah nak berperang dengan pacat, lagi T____T Jumpa air terjun kami berhenti rehat seketika. Tapi si jani dengan akim sempat jugak tiruk, cetek je pun padahal. 



             



                 






6.15 petang

Dengan izin Allah, kami selamat tiba. Alhamdulillah, hela nafas panjang. Fuuuh. Punya lah kan nak sampai lagi sikit je tadi Kak Liza tersungkur pulak. Alahai kak, sabar je la ek. Jangan buat lagi tau, seram kitorang. Huhu. 





Yayy sampaii ! *joget*


 


                     



Berlari lari dah sampai --"




Tewas dek Korbu !





Alhamdulillah. Selesai je, kami terus ke rumah keluarga Sarah di Chemor. Pekena sup meletup dekat warung ayah Sarah. Perghh memang sedap. Lepas makan kami tumpang mandi bersihkan diri. Ada yang terus gerak balik ke Kuala Lumpur. Selebihnya bermalam di Ipoh dan pulang keesokannya.




Rasa macam tak sangka dah tawan gunung Korbu. Gunung paling sakit bak kata kebanyakan pendaki. Tapi alhamdulillah, semua selamat naik dan turun walaupun ada beberapa kecederaan kecil. 



Dapat sijil kott. Kau ada?
Wahh berbaloi rasanya berhempas pulas 4 hari 3 malam. Sorry korangg, promote sijil sendiri. 
Ini je gambar sijil yang ada. Hehehe. 



Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Korbu The Journey ini. Dari pihak berkuasa yang meluluskan permit, pihak yang sediakan pengangkutan, tak lupa team Cyborg, Pirates of Mount sehingga lah geng BDS sendiri. Kerjasama dan kesungguhan kalian amat kami hargai. 



Mission accomplished !





Sekian sahaja aktiviti penutup tirai 2013, tahun yang penuh dugaan dan cabaran. Harapnya tahun 2014 ini, semangat perjuangan akan berterusan tanpa henti. InsyaAllah.



Rasa macam nak repeat Korbu lah. Ehh teehehehe. Jumpa lagi ! 






BDS..We Are Family !!
Under One Flag


No comments: