Tarikh : 31 Jan - 1 Feb 2014
Lokasi : Kampar, Perak Darul Ridzuan
Ketinggian : 1,233 meter (4,048 kaki)
Krew : Abg Joi, Abg Pian, Fieza, Kak Izan dan team Pirates of Mount, Cyborg.
Kronologi Merentasi Gunung Bujang Melaka
Ekspedisi kali ini hanya melibatkan 4 orang ahli BDS. Memandangkan tarikh ekspedisi pada hari cuti umum Tahun Baru Cina, maka ramailah ahli lain yang balik bercuti. Gitew. Selain itu, ekspedisi ini adalah pelawaan dari team Cyborg. Bukan ajak ajak ayam tau. Ajak ayam apa pun tak boleh. Heh.
31 Januari 2013
9 pagi
Berkumpul di masjid Kampar untuk sarapan pagi dan repacking barang keperluan. Sekitar jam 10.30 pagi, perjalanan bergerak menuju ke tapak perkhemahan Lebah dimulakan.
Trek landai je, siap boleh jalan sambil makan kuaci tau. Katanyaa. Lagi 2 jam nak sampai tapak khemah, trek dah mula menaik. Mencanak lagi tu. Hamek cium lutut la belaka.
Team BDS dan Cyborg tidak berdua rupanya, kebetulan ada group sekolah dari Subang Bestari turut serta dalam ekspedisi Bujang Melaka ni. Difahamkan bebudak ni memang dikerah untuk 'survive' dalam hutan. Kesian adik adik ni, bertabah laaa.
Rutin. Perut mesti didahulukan. |
Disclaimer penulis: Selama join hiking tak pernah punn masak hotdog ?! K fine. |
Bunga cuma dua kuntum. Kumbang aje ramei. |
Antara aktiviti yang berlaku di Bujang Melaka. Rasa macam masuk sekolah balik je bila dah berkumpul sekali dengan bebudak sekolah. Dulu bila join kem sekolah rasa nak mengamuk je bila kena kejut pepagi, masak nasi dalam buluh, rebus telur dalam tanah, berkubang dalam lumpur. Ehh sempat terkenang pulak. Bye.
Amaran: Aksi bukan untuk tontonan umum.
Censored I |
Censored II |
Hahahaha sorry abang joi !
Others moment captured before leaving :)
Achievement unlock ! |
Sekian sahaja ekspedisi team BDS berempat ke Bujang Melaka. Admin nak cerita panjang pun tak mampu sebab tak pergi hehe. InsyaAllah sampai la kot satu hari nanti. Tak lari Bujang Melaka dikejar yedak?
We will be back with CBL Hiking !