Thursday, 5 December 2013

Rekreasi Hujung Minggu: Bukit Broga & Gunung Tok Wan.


Tarikh   : 24 November 2013

Lokasi   : Bukit Broga & Gunung Tok Wan, Semenyih



Dua minggu selepas xpdc Gunung Irau, kami berkumpul semula nak panjat Bukit Broga katanyaa. Lama tak pergi Broga, rindu tau kat awak. Plan nak panjat Broga ni mulanya suka suka je lepas tu terus semua setuju lepas tu geng Ipoh pun nak join jugak lepas tu terus decide nak panjat Gunung Tok Wan sekali amboihh nak taip pun tak cukup nafas ni tahu?


Suka tau plan last minute yang best macam ni :')


5 pagi. View dari puncak Broga. 


Kami sampai kaki bukit lebih kurang 3 pagi lebih. Ni kira siapa nak laju boleh jalan dulu. Nak santai santai je pun bolehh alah bukannya ada Fahrin Ahmad pun dekat puncak tu kan? Hiks.

Sampai puncak dalam pukul 4 lebih. Ramai betul orang naik Broga waktu macam ni. Siap ada jemaah buat solat sunat hajat lagi tau atas puncak. Bagus betul diorang *nangis celah langsir*


Macam biasa lah, dah sampai puncak chop port tido atas batu besar ! Yang mana nak tidur bawah kami pasang ground. Cuaca baik. Sejuk. Langit terang, jelas nampak bulan & bintang. Subhanallah.


Okay turu turu zzzzzz.



**************


Bangun pagi cuci muka dengan embun sikit tenyeh tenyeh mata terus kemas barang. Yang mana lapar, alas perut dengan roti. Kami teruskan perjalanan menuju Gunung Tok Wan. Dari puncak Broga ke Gunung Tok Wan tolak tambah darab bahagi lebih kurang 3km jugak lah. 

Pergi ikut laluan lain, tersasar sebenarnya. Letih sikit sebab laluan dekat lereng bukit kan. Berhenti rehat lepas sejam lebih mendaki. Ada yang makan ada yang tidur. Ikut kamu lah nak oii..

Sambung jalan sikitt je lagi lepas tu sampai dahh. Alahai comel betul puncak gunung Tok Wan ni tau. Siap ada bangku. Kawasan tanah lapang. Nak camping pun boleh je.







Chef of the day: gandingan 2 beradik, Musy & Killa


Menu maggi kari, air milo & nescafe. Macam biasa la sambil masak sambil makan borak membongak. Pacat boleh tahan banyak la. Rasa nak picit picit je. Heleh picit tengokk.


             



Gunung Tok Wan: 675m dari paras laut.



Dalam sejam dua berehat, kami gerak turun. Haaa meh nak cerita meh. Masa nak balik tu kan kami terjumpa satu gruop cina ni, ada sorang kawan diorang injured bahu. Terkehel la lebih kurang. Punya lah dia menjerit jerit sakit. Nak gerak tangan apa semua tak boleh. Hoihh cemas betul masa tu kami yang tengok ni pun ikut cemas adoiyaii seram nihh. 


Nasib baik kami ada jururawat yang dibawa khas dari Tropicana Medical Centre, cik Musytarina. Haa dia la yang tolong betulkan semula bahu dia yang terkehel tu. Abg Joi selaku penolong jururawat dia guna kaedah psikologi nak tarik perhatian amoi tu ahahaha berjaya tauuu. Syabas Musy beteh ! Fewiitt.


Tapi memang kesian lah. Sakit betul tengoknya :(




Ehh sempat tau rakam. Bukan senang nak rakam detik detik cemas macam ni. 
Dengar amoi tu jerit dengan kitorang sekali ikut rasa sakit. Haduii.


video


Lepas tu kami sambung jalan, sekali dengan group cina tu. Tak lama tu kami berhenti sebab dia mengadu bahu rasa sakit semula hmm kesian :(


Amboi yang ni jangan nak suka sangat ehh kejap lagi turn awak ye Killa


Haa meh nak share lagi satu video sebelum bahu amoi tu pulih sepenuhnya. Part amoi tu secoet aje, orang lain yang over wahaha biasalah kan. 


video


Yayy berjaya punn ! Punya lah amoi tu suka sampai peluk Musy hihihi. Okay gambar kenangan jururawat pesakit & pelawat. Lah sangatt huahua.


Yang lain tu memang pantang nampak kamera.
Well done, Musy ! *kalung bunga*

Tapi tugas Musy tak selesai kat situ je tau. Hari tu kiranya dia kerja overtime lah wahaha kelas sangat overtime dalam hutan belantara kan. Ni nak jadi jururawat jugak ni. Jururawat peribadi boleh? Hihi.


Haa kan kita dah kata jangan suka sangat kan dah terkehel jugakk.
Kesiann Killa tersalah landing kaki.

Adik injured, kakaknya pun taknak kalah. Kak Liza pulak cramp kaki.
Terima kasih Kak Izan selaku penaja losyen mustajab pati halia. Gitu.


Mungkin sebab penat balik Irau tak habis lagi kot ek. Yang lain pun sakit kaki jugak sebenarnya. Yang menaip ni punnn sama sakit lutut acah acah tabah je. Sobbb.



Sambung jalan slow slow akhirnya sampai jugak. Tak pernah hayat waktu tengah hari buta dekat puncak Broga. Panas betul cuaca. Nasib terjumpa makanan free. Hihihi.




Ni mesti masa kecik tak puas panjat pokok kan kak? 





Masa untuk turun bukit !





Kesiann Killa :(


Suka awak ye Sarah hehe

Sampai bawah pekena air kelapa dulu sementara nak tunggu makan tengahari dekat kedai. Haus tekak panas terik. Mata mengantuk perut jangan cerita lah, dari atas Broga sampai bawah habis satu album lagu Noraniza Idris dia main. 





Stokin pun taknak kalah masalahnya.


Jumpa lagi Bukit Broga ! :) 


Lunch time ! 


Nasi putih + kailan belacan, ayam sweet sour, daging black pepper & sup tofu.

Sempatt.


And last but no least.....


Kesurupannn..shhh


Jangan marak ek, nanti kenal jual hihihihi.



Maka tamat lah entri rekreasi hujung minggu kali ni. Panjang umur kita jumpa lagi dalam entri xpdc Gunung Korbu akan datang, insyaAllah. Training jangan tak training aaaa.




Good Luck Hikers ! 





1 comment:

Anonymous said...

Terbaiklah, tabik spring kat ipah