Thursday 12 September 2013

XPDC MERDEKA RAYA: Gunung Chabang

 
Tarikh            : 31 Ogos - 1 September 2013 (24 Syawal)
 
 
Lokasi            : Ia terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta, Perak. Gunung Chabang
                       merupakan antara salah satu gunung yang terletak di banjaran
                       Titiwangsa.
 
Ketinggian      : 1,711m (5,612 kaki).
 
Pengangkutan : Krew dari Kuala Lumpur seramai 11 orang bertolak pada malam 30 Ogos  
                        dengan menaiki 3 buah kereta. Bermalam dan berehat di RnR
                        Tapah. Manakala krew dari Ipoh bertemu dan berkumpul di
                        Simpang Pulai pada keesokan harinya.
 
 
 
 
Krew: Hikers kental
 
 
 
Kronologi XPDC Merentasi Gunung Chabang.
 
31.08.2013
8.30 pagi
 
Krew singgah di Simpang Pulai untuk sarapan pagi. Di sini, krew berkumpul dengan dua lagi pasukan pendaki iaitu, dari Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh Aie dan Pirates of Mount, Cyborg.
 
 
Breakfast time
 
 





Titik permulaan pendakian bermula di Kampung Pos Selim, kawasan penempatan Orang Asli. Di sini, krew diagihkan dengan barangan seperti barang keperluan makan dan keperluan pendaki serta bermalam.
 
 
Selain itu, abg joi bidin memberi taklimat dan peraturan sebelum memulakan pendakian.
 
 
Info:
 
**Kesemua kenderaan park di sini tapi pastikan tiada barang berharga ditinggalkan dalam kereta okay. Kalau nak suruh pakcik orang asli tu tolong tengokkan pun boleh, bayar laaa.
 
**Bawa barang keperluan diri yang penting je. Selain pakaian, wet tissue surat khabar plastik etc tu penting untuk kebersihan diri.
 
**Aktiviti macam ni akan cepat lapar jadi bekalkan makanan ringkas tapi padat. contoh, cloud 9, snickers, sumi jelly. terpulang pada individu.
 
**Ubat ubatan. Hah ini paling penting kalau rasa diri tu ada sakit, alahan dan sebagainya.
 




 
Agihan bekalan.
 
Info: makanan bergula macam cokelat ke gula gula ni bagus untuk bagi tenaga dengan cepat. kalau rajin nak gantung pisang kat beg, ha bawak laaa.
 
 
 

 
ha nampak tak kak yong semangat nampak ke tidakk 
 
 
Abg joi kasi betulkan skru lutut sikit keh keh
 
 
Bergambar sebelum aktiviti pendakian. Warm up katanya. Deme ni bukan boleh tengok kamera. Menggelabah semua. Hehe
 
 
 
11.45 pagi
 
Pendakian bermula. Trek permulaan menyusuri sungai kecil dan perkampungan orang asli. Cuaca panas redup memudahkan pendakian. Selepas dua jam, bahang pendakian Gunung Chabang mula dirasakan. Krew kemudian berhenti di Air Terjun Sungai Selim untuk rehat dan makan tengahari.
 
 
 
1st water point
 
Haa dekat sini baru boleh nampak muka masing masing tersengih. Mana tidaknya, kesurupannn. Ada jugak yang cramp kaki dan sebagainya. So, masa ni lah nak regangkan segala otot dan kumpul balik tenaga untuk pendakian seterusnya.
 
Air terjun best gilaa. Sejukkkk ! Brrr

 

 
Kitorang lunch nasi impit dengan rendang daging. Kau mampu? kekeke
 

 
iqbal, dukun pacat lapar dalam imannn.
 
 
 
2nd waterpoint
 
Kat sini krew berhenti rehat lagi. yang mana ada hajat pun boleh setel kat sini hehe. mana mana bekas air yang kosong boleh refill sebab dekat puncak dah takde sumber air. berjimat cermat lah ye.
 
 
 
don't worry, u'll enjoy this ! hahaha
 
Psst, awang cakap biar je pacat tu hisap darah kita sampai dia jatuh. kalau kita cabut nanti darah mengalir tak henti. awang la ajar hehe


 
 

 
4.50 petang
 
Pendakian diteruskan lagi sehingga ke camp site.
 
  
 

 
 
 
Sebelum tiba di puncak camp site. Sempattt.
 
 
6.30 petang
 
Disebabkan awang ada pengalaman daki gunung Chabang sebelum ni, maka dia pecut dulu. Kalau boleh nak sampai camp site sebelum hari gelap. Pasang fly dan ground dalam hujan gerimis. Set up tempat untuk bermalam.
 
Krew terakhir sampai dalam 7.30 malam. hari dah gelap malam, hujan lebat. krew lelaki gigih pasang 2 fly dan ground dalam hujan. terpaksa yedak. sementara yang perempuan bersihkan diri tukar baju sebab lepas tu kena masak ! LAPAR WEH.
 
 
 
10.30 malam
 
menu makan malam : nasi panas + ayam masak kicap + sayur campur + telur
                                 dadar + papadam + teh o panas & kopi kapal api
 
 
kebetulan malam tu ada krew yang gastrik & sakit perut, maka aktiviti malam tu cuma borak sembang, post moterm sikit dan gilir gilir pegi memerut hihi. pastikan ajak kawan untuk keselamatan takut karang ada yang 'berteman'. cak cak cakkk.
 
 
adoiyaiii lemah lutut. tu belum kes terpijak 'periuk api' lagi hahahaha.
 
 
 
11.30 malam
 
Kesemua krew dah kesurupan. set up bantal, sarung sleeping bed pakai stokin pastu pejam sampai ke pagi. good night !
 
 
Psst, malam tu dengarnya ada yang berlawan dengkur haha lepas tu ada jugak yang bangun memerut lagi. haih kesiannya.
 
 
 
1 September 2013
6.30 pagi
 
Bangun pagi dan melihat keindahan matahari terbit. Subhanallahh betapa agungnya ciptaan Tuhan ! Alhamdulillah :')
 
 

 
 
 
memang muka yang sama je lah. takkan tetiba nak ada azwan ali pulak kan?
 
 
 
8.00 pagi
 
 
Breakfast.
 
menu makan pagi : nasi goreng + telur dadar + ikan masin goreng + papadam
                            + teh o panas & kopi kapal api
 
 


 



 
Lepas siap masak, krew bersiap untuk mendaki sampai ke puncak gunung Chabang. yeahh !
 
 
Krew lelaki semangat berbaju melayu, yang perempuan baju tido je hihi berlenggang kangkung dalam lebih kurang sejam menuju ke puncak gunung.

 
 
menikmati keindahan alam. macam dalam movie avatar tak? hehe
 

 
 



 
 
 
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga sampai di puncak gunung Chabang. TAHNIAH ! :'))
 
 
U.O.F - Under One Flag; we are family !
 
 

 
 Team hikers Perbadanan Putrajaya
 
 

 
 Team yang diketuai oleh Cyborg, Pirates of the Mount
 
 
 
11.30 pagi
 
Selepas bersarapan, krew bergotong royong bersihkan camp site dan berkemas untuk turun. Makanan dan bekalan yang tak habis kita angkut untuk makan tengahari dekat air terjun bawah.
 
 


 

 
 
Pastikan camp site bersih dan sampah dilonggokkan di satu kawasan. Macam mana kita datang, macam tu jugaklah kita pulang. tanggung jawab bersama okay? :)
 
 
 
12.00 tengahari
 
 
Okay masa untuk turun !
 
 
Sepanjang turun gunung perjalanan sangat mencabar disebabkan hujan lebat. tanah dan trek jadi licin maka ramailah yang jatuh dan menyembah bumi. ada juga yang kena sengat serangga. aduhaii dugaannya.
 
 
Krew berhenti di air terjun untuk rehat dan makan. sempat lagi masak megi kari dengan telur bawah pelepah pisang dalam hujan.
 
 
Ipah takkan lupa pengalaman masak dalam hujan ni hahaha.
 

 
Selesai sudah perjuangan kami !
 
 
Lewat 6.30 petang
 
 
Alhamdulillah, kesemua krew berjaya sampai di kaki gunung. ternyata pengalaman mendaki gunung Chabang sangat mencabar terutamanya bagi hikers baru.
 
 
Setelah siap bersihkan diri di anak sungai bawah jambatan dan berkemas, krew bergerak ke Simpang Pulai untuk makan malam. lewat 10 malam semua krew bersalaman dan berpisah untuk pulang ke destinasi masing masing.
 
 
 

 
 
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan dari kesemua hikers kental. Semoga ikatan takkan putus, panjang umur berjumpa lagi ! InsyaAllah.
 
 

 

3 comments:

Anonymous said...

Papadam tu apa ekk

Unknown said...

alhamdulillah semua hikers selamat sampai puncak & turun.... syabas!!!

Anonymous said...

Take nothing only pictures, left nothing only footprints