Lokasi : terletak di daerah Dabong iaitu dalam jajahan Gua Musang,
Kelantan. Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung
Stong berhampiran dengan Air Terjun Jelawang.
Ketinggian : 1,422 meter (4,664 kaki).
Pengangkutan : krew menaiki train dari KL Sentral menuju ke Kelantan dan
turun di stesen Dabong. Bertolak pada pukul 8.30 malam
(khamis) dan tiba seawal 7.30 pagi (jumaat). perjalanan
mengambil masa kira kira 11 jam.
Krew : Abg joi, abg pian, jani, akim, ijat, kak liza, kak izan, fieza dan
puteri.
Kronologi Merentasi Gunung Stong
Pendakian bermula selepas solat Jumaat. Krew makan tengahari dan bersiap untuk mendaki. Selepas 2 jam, krew tiba di Baha's camp site dan bermalam di sini.
Keesokannya, pendakian ke puncak diteruskan seawal 9 pagi. Krew tiba lewat tengahari di puncak gunung Baha seterusnya gunung Ayam dan berakhir di puncak gunung Stong. Setelah puas berehat dan bergambar kenangan, krew turun semula ke camp site untuk berehat makan dan bermalam.
Dan biarkan gambar bercerita tentang keindahan alam ciptaan Tuhan.
di kaki gunung.
Permulaan Menguji Mental
...Indah Di Mata Namun Perit Menanti.
Atok Penyek Vs Cewek Gayung
Krew hikers kental
Krew hikers kental
T shirt rasmi Under One Flag (U.O.F)
Pendakian yang pertama - Gunung Baha
Pendakian yang kedua - Gunung Ayam
Pendakian yang terakhir - Gunung Stong
Aktiviti riadah setelah penat mendaki ;-)
Jangan tiru aksi ini.. Hahahaha
Aksi berani mati!!!
Penakut yang amat sangat.. Tapi berjaya melakukannya ;-)
Suka sesangat deme ni.. Hahahaha
Masa untuk turun.. Gambor dulu yoep ! :D
Ekspedisi berakhir pada hari Ahad. Krew berkemas dan turun ke kaki gunung kemudian bersiap untuk menaiki ktm pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah terima kasih kepada semua hikers kental yang turut serta. Sehingga berjumpa lagi pada ekspedisi yang akan datang.
Bravo hikers !